Berita

Cadangan Demi Keperluan Rakyat Diterima Dalam Dewan Negara

PUTRAJAYA – Dalam keadaan rakyat berdepan dengan pelbagai kesulitan dan kesempitan, suara mereka terus di bawa ke dalam Parlimen melalui persidangan Dewan Negara semalam.

Dalam hal ini, Senator Dewan Negara, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya selaku Ketua Penerangan UMNO Putrajaya telah mencadangkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan agar perniaga pasar malam hanya dikenakan bayaran RM2 untuk pendaftaran di DBKL dan tak perlu bayar lessen yang dianggap lebih menyusahkan.

Menariknya, cadangan ini telah dipersetujui dan akan diangkat sebagai gerak kerja untuk pelaksanaan.

Dalam hal yang sama, Datuk Mohd Hisamudin juga menyarankan agar aplikasi pasar malam dijadikan sebagai salah satu pengedaran barang-barang makanan oleh Kementerian Wilayah sebagai antara cara untuk mengawal harga barang makanan.

“Contohnya ayam, kalau kita boleh berbicang dengan Fama Corp. Kerajaan di bawah Kementerian Wilayah boleh seliakan pasar malam untuk ‘contro’l harga ayam iaitu menggunakan pasar malam sebagai salah satu saluran untuk bantu rakyat,” katanya.

Cadangan yang diutarakan tersebut juga dipersetujui malah dianggap cadangan yang baik bagi membantu rakyat.

Semoga dengan kelantangan Ketua Penerangan UMNO dalam sesi perbahasan di Dewan Negara akan memberi manfaat kepada rakyat keseluruhan. – UMNOPutrajaya