Banjir: Puteri UMNO Putrajaya Hargai Sokongan Berterusan, Turun Padang Laksana Gerak Kerja
PUTRAJAYA – Bencana banjir yang melanda Lembah Klang dan Selangor selain Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan serta Perak telah mendorong jentera UMNO Putrajaya turun padang untuk menyalurkan khidmat bakti dengan membantu mereka yang terkesan.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya dengan kerjasama ANGGUN Putrajaya meneruskan misi bantuan banjir dengan tugasan gerak kerja di Hulu Langat bagi menghantar sumbangan barangan diapers, susu bayi, peralatan mandian dan pembersihan rumah buat semua yang terlibat dengan banjir.
Gerak kerja terancang dan berterusan sejak hari pertama banjir melanda dilaksana dengan semangat kekeluargaan yang mengaplikasi muafakat serta kebersamaan melaksanakan tugasan.
Ketuanya, Jumaitul Laily Zakiah Ismail amat menghargai semangat yang ditunjukkan oleh anggota Puteri Putrajaya untuk turun ke lapangan dalam memastikan keterlibatan dalam memudahkan pengurusan bencana banjit tersebut.
“Terima kasih ‘gang’ Puteri Putrajaya yang turun bersama-sama membantu dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan termasuklah , jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua pemberi sumbangan kewangan dan barangan yang banyak membantu dari mula hingga selesai program kami. Allah jua mampu membalasnya,” katanya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.