Aktiviti & KomunitiBerita

Selamat Tahun Baharu 2022, Moga Kita Diberi Keberkatan – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendoakan agar kedatangan tahun baharu 2022 akan memberi keberkatan kepada semua dengan dilindungi dari sebarang malapetaka.

Katanya, perjalanan 365 hari dalam tahun 2021 telah sampai ke hujungnya dengan kedatangan tahun bahari 2022.

“Macam-macam suka duka kita telah lalui, daripada bencana wabak hinggalah musibah banjir yang memberi kesan besar kepada kehidupan. Memang ramai yang terkesan dan saban hari pasti mengharapkan sinar baharu dalam setiap permulaan.

“Kerana itu, moga tahun 2022 kita semua akan dilimpahi dengan keberkatan, dilindungi dari sebarang malapetaka dan dikurniakan kesejahteraan dengan perpaduan semangat masyarakat majmuk Malaysia.

“Selamat Tahun Baharu 2022,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya