Aktiviti & Komuniti

Sumbangan Prihatin Terus Dilaksana, Tengku Adnan Cakna Kesulitan Rakyat

PUTRAJAYA – Sumbangan prihatin hasil idea dan cakna Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor buat komuniti setempat terus dilaksana.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya mengakui bahawa kesulitan dan keperitan dalam kehidupan rakyat masih belum pulih.

“Insya-Allah bantuan prihatin diteruskan dari semasa ke semasa kerana saya tahu keadaan rakyat masih belum pulih. Kita masih berdepan dan perlu menerima norma baharu dalam hidup kita. Bukan hanya kerana pandemik COVID-19 yang masih menular tetapi juga keadaan ekonomi, politik dan sosial masih belum stabil.

“Moga kita semua kuat berdepan ujian dan moga bantuan sumbangan barang-barang keperluan dapur yang dihulur akan dapat membantu meringan beban,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau mengingatkan semua pihak agar terus mengutamakan keselamatan dan kesihatan.

“Sama-samalah kita terus berdoa untuk COVID-19 bebas dari muka bumi. Teruskan jaga SOP, utamakan kesihatan dan keselamatan,” katanya. – UMNOPutrajaya