Aktiviti & Komuniti

Keprihatinan Demi Kesejahteraan Komuniti Putrajaya Berterusan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor jelas mempamerkan keprihatinan berterusan dengan mengutamakan kebajikan rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Husna Abd Rahaman yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Pusat Khidmat Masyarakat Putrajaya berkata usaha Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ dikalangan penduduk tempatan bukanlah sesuatu yang baharu malah dipergiatkan lagi ketika memenuhi tuntutan dan amanah bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan ketika negara berdepan pandemik COVID-19.

Beliau juga berterima kasih kepada sikap cakna pemimpin berjiwa rakyat yang sentiasa mahukan setiap anggota komuniti terbela apatah lagi mereka yang dilanda keuzuran.

“Keprihatinan dan bantuan yang sentiasa berterusan YB Datuk Seri Tengku Adnan selaku Ketua Kampung Putrajaya kepada mereka yg terlantar sakit di rumah dan juga di dalam kesusahan amat bermakna.

“Hari ini saya dan Biro Kebajikan telah menziarahi dan berkunjung ke rumah pesakit di sekitar Presint 9.

“Selain sokongan moral, kami sampaikan sedikit sumbangan dari ketua kampung agar dapatlah serba sedikit meringankan beban mereka,” katanya. – UMNOPutrajaya