Aktiviti & Komuniti

Mesyuarat AJK UMNO Putrajaya: Perhalusi Perancangan, Tingkatkan Gerak Kerja

PUTRAJAYA – Hari ini telah berlangsung mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya yang dipengerusikan sendiri oleh ketuanya merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mesyuarat AJK kali pertama yang diadakan pada tahun 2022 ini berlangsung lancar di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, Presint 15, di sini dengan kehadiran anggotanya yang terus semangat dalam meneruskan semarak perjuangan UMNO.

Sememangnya, mesyuarat AJK Bahagian adalah agenda rutin yang dilaksana selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang telah berlangsung pada Rabu lalu.

Dalam mesyuarat ini, Tengku Adnan telah menegaskan kembali keputusan parti yang diangkat dalam MKT untuk terus teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri selaku Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob namun dalam masa yang sama kesiapsiagaan bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 adalah keutamaan.

Apa yang penting adalah kebersamaan UMNO bersama rakyat iaitu bukan hanya ahli-ahli parti tetapi juga mengenalpasti pengundi termasuklah pemilih baharu melalui gerak kerja yang dilaksana.

Dilaporkan, MKT UMNO telah memutuskan agar segala kesiapsiagaan dibuat bagi memastikan perjalanan parti berjalan dengan baik dalam membuat pelbagai program bagi menghadapi pengundi 18 tahun dan pengundi baharu yang jumlahnya sekitar 5.8 juta orang.

Selain itu, persediaan ke arah Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang bakal dilaksana Mac depan juga bibincangkan dengan kali ini kehadiran perwakilan ke adalah melibatkan kesemua 14 orang perwakilan setiap Bahagian tidak diadakan perhimpunan secara hibrid.

Dalam masa yang sama penekakan kepada SOP dengan mematuhi hal yang ditetapkan iaitu daripada segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan Aplikasi Mysejahtera, sanitizer dan lain-lain. – UMNOPutrajaya