Aktiviti & Komuniti

Biro Kebajikan Putrajaya Terus Laksana Khidmat Bakti

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya merealitikan hasrat sentiasa bersama rakyat dalam apa-apa juga keadaan dan bukan bekerja atau berkhidmat kepada orang ramai mengikut musim.

Dalam hal ini melalui Biro Kebajikan UMNO Putrajaya yang diilhamkan oleh Ketua UMNO Bahagiannya merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus aktif melaksanakan tanggungjawab dengan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Pengerusi Biro terbabit, Husna Abdul Rahaman yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya memaklumkan bahawa dalam situasi rakyat berdepan pelbagai kemelut pada ketika ini, kepimpinan UMNO Putrajaya tidak pernah berdiam diri malah terus menggerakkan usaha berterusan untuk khidmat bakti.

“Biro Kebajikan Putrajaya terus realisasikan bantuan yang berterusan daripada YB Ketua Kampung Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan kepada mereka yang memerlukan .

“Saya bersama AJK Biro Kebajikan ini menyampaikan bantuan kepada Encik Nazaruddin, Encik Mohd Zulkafli dan anakanda Muhammad Thaqif bagi membantu mengurangkan beban yang dihadapinya.”

Dalam masa yang sama, beliau mengajak semua untuk sama-sama berdoa agar komuniti Putrajaya dan rakyat keseluruhan secara amnya terus dapat hidup aman sejahtera.

“Sama-sama kita doakan Allah memberi kesembuhan segera kepada mereka serta dipermudahkan urusan mereka sekeluarga yang ditimpa kesulitan dan kita semua juga dipelihara dari sebarang musibah,” katanya yang bertekad terus aktif bersama anggota jentera Putrajaya. – UMNOPutrajaya