Rencana

Kleptokrasi, Korupsi, Provokasi, Manipulasi …

1. Krisis politik negara masih berlaku. Rakyat jadi penonton kepada sikap segelintir politikus yang bertongkat langit, mendongak ke atas, macamlah kaki tak jejak bumi. Angkuh!

2. Politik negara hari ini menjadi bahan tawa, pemimpin saling bercakaran dan saling buruk-memburukkan. Ada yang boleh bercakap dalam semua perkara sama ada dari kuasa eksekutif hinggalah kepada masyarakat bawahan waima tukang sapu sampah sekalipun, konon semuanya hanya dia yang betul dan pihak lain salah. Memalukan!

3. Lebih teruk, pemimpin-pemimpin atasan termasuklah bekas PM pun saling buka pekung di dada sedangkan rakyat seolah-olah buta, tuli atau tidak berakal.

4. Kalau setakat parti lawan saling bertelagah itu memang biasa tapi kalau sesama dalaman parti saling bertikam maka caca merba jadinya. Inilah yang berlaku dan berlarutan sejak dari sebelum PRU ke-14 lagi.

5. Manipulasi fakta berpanjangan berlaku bagi menutup kleptokrasi dan korupsi kroni sendiri. Provokasi sana sini dibuat untuk mengelirukan rakyat. Tuduhan itu ini dilaksana kepada bekas pemimpin2 negara. Gelaran ‘kluster mahkamah’ diangkat sedangkan yang di dalam kluster ini adalah barisan dari kepimpinan UMNO – Najib Razak, Zahid Hamidi, Tengku Adnan, Azeez Rahim, Ahmad Maslan, Shahrir Samad dll – semua pendakwaan zaman PH jadi kerajaan.

6. Sebaliknya kerajaan PH bela Dap – cth: 3 Sept 2018 Mahkamah Tinggi umum melepas dan membebaskan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah sedangkan perbicaraan kes itu sedang berjalan dengan 25 saksi sudah dipanggil beri keterangan. PH juga gugurkan kes Guan Eng yang kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan. Gugurkan kes mahkamah Rafizi Ramli, Tian Chua, Siti Kassim, YB Thomas Su MP Kampar, R. Sivarasa MP Sungai Buloh dan N. Surendan mantan MP Padang Serai. ‘The rule of law’ jadi ‘law of the jungle’

7. Tak payah lihat parti mana pun… misalnya

• PPBM ditubuhkan serpihan dari UMNO yang berniat nak hancurkan UMNO… maka habis dicanang semua cerita termasuklah rahsia negara. Presiden PPBM Muhyiddin Yassin seolah-olah ‘hebat’ walhal hakikatnya dia sendiri melakukan banyak kleptokrasi ketika bergelar MB suatu ketika dahulu. Terlalu banyak cerita ‘bawah karpet’ yang ditutup hanya kerana kononnya pemimpin atasan negara.

• PAS – satu parti yang asalnya juga dari serpihan UMNO tapi menggunakan agama atas kepentingan politik. Muafakat Nasional menjadi sejarah sekarang ini kerana pengkhianatan atas kepentingan peribadi apabila ada pemimpin2 nya jadi menteri dan dapat kuasa.

• UMNO – Barangkali kekalahan PRU-14 hikmah terbaik bagi melihat mana pemimpin yang benar2 setia atas nama agama bangsa dan negara. Selepas tak ada kuasa, ramai yang melompat beri sokongan pada parti lain dan yang enggan terikat dengan mcm2 tekanan. Hingga kini pun masih ada pemimpin atas nama UMNO yang bergelar menteri tapi jadi musang berbulu ayam burukkan parti yang diwakilinya sendiri. Sungguh… hilang kuasa menjadikan UMNO membersihkan dirinya dan yang tinggal kini mereka yang mahu meneruskan perjuangan agama, bangsa dan negara sebagaimana tertubuhnya.

• DAP – tak usah cakap nilai perjuangan kerana secara terang bertentangan dengan Perlembangaan dan menolak Islam agama rasmi negara, tindakan2 yang bertentangan dengan adat/budaya dan kepimpinan negara selalu dibuat.

• PKR – antara parti yang tertubuh atas kepentingan peribadi tapi gagal berfungsi bagi menterjemah bela rakyat. Sememangnya ucapan, gaya bahasa, intonasi dan memek wajah pemimpinnya diaplikasiakan dengan gaya retorik yang mengelirukan orang ramai… dan gayanya masih sebegitu dari awal penubuhan sehingga kini.

• MUDA – nama pun MUDA iaitu terlalu ‘muda’ dan mentah. Hanya wujud dengan cara menagguk di air keruh.

• PAN – seolah-olah tak wujud pun tapi permainan politiknya akan kucar-kacirkan negara dengan adu domba sana sini.

8. Sekarang rakyat mahukan kesejahteraan. Mahu meneruskan hidup setelah lama terbelenggu dalam pelbagai krisis – politik, ekonomi, kesihatan – rakyat sakit dan mahukan ada harapan untuk masa hadapan.

9. Negara ini berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbilang agama, kita percaya kepada kesatuan dalam kepalbagaian dan huru-hara tak akan ada keuntungan. Patutnya biarlah ada maruah atas segala yang terjadi. Seperti kata Ralph Waldo Emerson “A little integrity is better than any career.”

– PENCINTA NEGARA –

dari facebook