Aktiviti & KomunitiBerita

Tahniah… Naib Ketua UMNO Bahagian Terima Darjah Kebesaran

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama seluruh kepimpinan, ahli jawatankuasa dan ahli-ahl UMNO Bahagian Putrajaya merakamkan ucapan tahniah kepada Naib Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim yang menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Negara hari ini.

Beliau telah menerima anugerah kebesaran ini sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara.

Semoga dengan anugerah kebesaran dan pengurniaan tersebut akan dapat meningkatkan lagi semangat perjuangan untuk bersama-sama anggota UMNO dalam menghadapi cabaran akan datang. – UMNOPutrajaya