‘Ketua Kampung’ Prihatin, Cakna Kebajikan Komuniti Putrajaya
PUTRAJAYA – Pelbagai tekanan dan keperitan yang dihadapi rakyat terus mendapat perhatian dari Ahli Parlimen tempatan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor khususnya mereka yang dilanda keuzuran dan ditimpa musibah.
Hal tersebut direalisasikan melalui Biro Kebajikannya yang dipengerusikan oleh Puan Husna Abdul Rahaman dengan turun padang menyantuni mereka yang uzur.
Bersama ahli jawatankuasanya, Puan Husna yang juga Ketua Wanita UMNO Putrajaya telah menziarahi Encik Abdul Halim yang ditimpa kemalangan dan Cikgu Salehuddin yang baru saja selesai menjalani pembedahan di kediaman mereka.
Dalam kunjungan ini, beliau menyampaikan salam ‘ketua kampung’ yang sentiasa cakna dengan permasalahan rakyat selain menyalurkan sumbangan untuk membantu mereka mengurangkan beban dalam kehidupan seharian.
Sememangnya, Tengku Adnan amat serius dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan komuniti Putrajaya sentiasa terbela dan sama-samalah berdoa agar mereka yang dilanda kesulitan akan dipermudahkan urusan dan kembali sihat. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.