PPBM Yang Korbankan Rakyat
Muhyiddin tidak mahu rakyat terkorban kerana langkah bodoh keluar kerajaan dan desak PRU awal. Rakyat akan kata “what the hell are you trying to do? Do you want to see us die?”.
Sebenarnya rakyat sudah ramai terkorban kerana PKP separuh masak oleh PM ke 8. Mereka hilang perniagaan, hilang pekerjaan, hilang pendapatan dan ada yang bunuh diri.
PPBM tidak akan berani keluar kerajaan. Tekan butang hanya ugutan. Jawatan Menteri adalah talian hayat PPBM. Keluar kerajaan memang “langkah bodoh” untuk mereka.
PPBM sebenarnya takut PRU awal. Apakah tumbangkan kerajaan sendiri (22 bulan) dan langkah Sheraton bukan langkah bodoh yang bunuh rakyat? Maka apakah kamu bertanggungjawab?
Dr Mohd Puad Zarkashi