Aktiviti & Komuniti

PERLU Mantapkan Gerak Kerja, Sedia Bantu PRN Johor Demi Kemenangan BN

PUTRAJAYA – Suasana politik tempatan yang masih berlarutan dengan krisis menuntut anggota parti untuk siap siaga setiap masa sebagaimana Biro Penerangan & Latihan UMNO Putrajaya (PERLU) yang meletakkan ahli-ahlinya sentiasa bersedia untuk turun padang.

Ini termasuklah membantu jentera UMNO/Barisan Nasional (BN) yang bakal berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Hal tersebut telah disuarakan oleh Pengerusi PERLU, Senator Datuk Hisamudin Yahaya dalam mensyuarat bersama jawatankuasanya yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, malam tadi.

Menerusi mesyuarat yang diadakan, perbincangan dan penjelasan berkaitan isu-isu semasa diangkat dengan perkongsian idea diangkat bagi memastikan biro terbabit memiliki input yang lengkap bagi berdepan dengan khalayak.

Selain setiap ahli cakna dengan kawasan setempat dan komuniti Putrajaya, kelangsungan dalam memastikan isu-isu yang memberi kesan kepada masayarakat awam juga amat penting diambil berat.

Antaranya ialah berkaitan vaksinasi dan dos penggalak yang menjadi perhatian masyarakat yang tentunya perlu difahami oleh anggota PERLU agar dapat memberi penerangan kepada orang ramai kelak.

Turut dibincangkan adalah berkaitan situasi semasa dalam UMNO dan sokongan terhadap parti yang semakin bertambah termasuklah mereka yang pernah tersilap langkah pada pilihan raya umum (PRU ke- 14 lalu.

Semoga aplikasi dan kesungguhan dalam melaksanakan gerak kerja akan dapat menyemarakkan perjuangan UMNO. – UMNOPutrajaya