Frontliners Sentiasa Dihargai, ‘Ketua Kampung’ Hulur Sumbangan
PUTRAJAYA – Jasa golongan petugas barisan hadapan dalam memastikan kesejahteraan komuniti Putrajaya bukanlah sedikit malah tidak terhitung dengan nilai harta benda sekalipun lantaran pengorbanan mereka yang bertugas tidak mengira masa dan tenaga.
Dalam hal ini, Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Ketua umno Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa cakna dengan kesungguhan mereka khususnya dalam soal kebajikan apatah lagi sumbangan mereka adalah demi kemaslahatan rakyat.
Sehubungan itu, Tengku Adnan dengan diwakili oleh Naib Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim telah turun padang menyantuni golongan terbabit dan menyampaikan sumbangan dari ‘ketua kampung’.
Semoga dengan sumbangan yang diberi akan dapat membantu meringankan beban mereka. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.