Aktiviti & Komuniti

Terima Kasih Tengku Adnan, Bantuan Dihulur Ringankan Beban

PUTRAJAYA – Warga Putrajaya melahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sentiasa mengambil berat soal kebajikan mereka.

Seorang kominti setempat memaklumkan bahawa sumbangan baharangan keperluan asas makanan yang disampaikan oleh Tengku Adnan amat bermakna bagi para penerima.

“Ini juga adalah sokongan moral kepada kami dan menjadi bukti bahawa pemimpin UMNO sentiasa bersama rakyat khususnya dalam mengurangkan beban yang ditanggung bagi meneruskan kehidupan seterusnya.

“Kami ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Tengku Adnan dan sukarelawan kerana sudi menghulurkan bantuan kepada kami yang terjejas pendapatan akibat suasana ekonomi sekaran dan sekurang-kurangnya bantuan yang diberikan dapat meringankan beban kami ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, sumbangan prihatin hasil idea dan cakna Tengku Adnan buat komuniti setempat terus dilaksana lantaran masih ramai yang terkesan akibat COVID-19 dan ada yang perlu dikuarantin di rumah.

Antara barangan yang diagihkan kepada masyarakat ialah makanan keperluan asas iaitu beras, minyak, telur, milo, teh, kopi, tepung dan beberapa barangan lain.

Sementara itu, Tengku Adnan turut menasihatkan orang ramai untuk terus mengutamakan kesihatan dan keselamatan serta terus patuh kepada SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan kerana penularan COVID-19 mula meningkat. – UMNOPutrajaya