Isu Semasa

Hutang Negara RM1 Trilion Jadi Kenyataan…

Bawah kerajaan BN dahulu, hutang kerajaan sebanyak RM686.8b dengan nisbah hutang kepada KDNK sekitar 48.7%, PH kata kita sudah bankrap.

Lalu, PH pun tukar cara ktia kira hutang dengan menambah jaminan kerajaan serta liabiliti jangka masa panjang kerajaan sehingga tahun 2040. (Bayangkan sewa rumah kamu sehingga tahun 2040 diambil kira sebagai hutang kamu) sehingga nilainya cecah RM1 trilion.

Padahal tiada negara dalam dunia menggunakan kaedah ini untuk mengira hutang.

Ini sekadar PH mahu tipu Rakyat dan kenakan Najib saja.

Lepas itu, PH gunakan alasan hutang RM1 trilion yang direka cipta mereka untuk jual aset negara yang memberi pulangan baik, menjarah rizab-rizab kerajaan dan Petronas serta mengurangkan bantuan rakyat.

Namun hari ini, hutang kerajaan benar-benar telah cecah RM1 trilion dengan nisbah hutang sebanyak 63.4% – kenaikan yang amat dashyat sekali dalam tempoh yang begitu pendek.

Kenaikan melebihi RM320 bilion.

PH tak mahu tuduh lagi negara sudah bankrap ke?

Najib Razak