Isu Semasa

Mahukah Malaysia Dan Kita Kembali Ke Zaman 22 Bulan PH Memerintah?

Cukuplah….

Seandainya Tun, TSMY kembali bersama. Apakah ini bermakna PAS menjadi parti yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa dan kedudukan?

Apakah kita lupa apa yang PAS kata pada PH dibawah pimpinan Tun?

Persoalan lain siapa yang akan menjadi PM ke 10? Tun atau TSMY?

Dan dikhabarkan PKR juga sedang dirunding.

Apakah Anwar akan terus menjadi “PM menunggu?”

Apakah PN, PEJUANG atau parti dalam PH akan kembali bergabung?

Kiranya ini berlaku. Malaysia akan kembali ke era 22 bukan PH #pakatanhancing memerintah.

Maka kembali malaplah Malaysia. Situasi ini jelas merugikan negara dan rakyat.

Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi. Kita mahu KESTABILAN. Parti yang memimpin mestilah parti yang ada keupayaan membina dan membangunkan semula Malaysia.

Cukuplah berpuluh tahun Malaysia dipenuhi cerita dan berita mengenai Tun M, TSMY, TGHH, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, LGE… kita mesti bergerak kehadapan.

Kita tinggalkan mereka.

Kita mahu KESTABILAN MASA DEPAN. Agar Malaysia kembali kehadapan.

YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Pengarah Komunikasi BN