Berita

Utamakan Kebersihan, Pastikan Barangan Dijual Berkualiti – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta para peniaga di bazar Ramadan agar mengutamakan kebersihan dalam penyediaan makanan dan persekitaran.

Katanya, kebersihan juga adalah sebahagian daripada tuntutan Islam.

“Utamakan kebersihan sama ada diri, barangan yang diniagakan dan juga persekitaran.

“Patuh SOP yang ditetapkan dan pastikan menjual barangan yang bersih dan berkualiti untuk dimakan serta halal. Kebersihan sebahagian dari amalan Islam.

“Semoga para peniaga mendapat pulangan terbaik atas usaha yang dilaksana dan pembeli juga berpuas hati dengan barangan yang dibeli,” katanya.

Terdahulu beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan di Presint 3, petang semalam.

Dalam lawatan tersebut beliau telah mengagihkan apron dan topi kepada para peniaga di sini.

Turut sama mengiringi beliau ialah isteri, Datin Seri Angraini Sentiyaki dan juga Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Ahmad Faisal Abdul Karim dan anggota AJK bahagian Putrajaya. – UMNOPutrajaya