Aktiviti & Komuniti

Aidilfitri Dirai, Perkukuh Silaturrahim Dengan Semangat Kekeluargaan

PUTRAJAYA – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Komuniti Suria, Cawangan UMNO Matahari dan KRT Suria P9 Putrajaya berlangsung meriah di sini hari ini.

Majlis yang dihadiri komuniti setempat dimeriahkan dengan kebersamaan ‘Ketua Kampung’ Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian serta Ketua Cawangan Matahari Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Angraini Sentiyaki.

Datuk Seri Tengku Adnan turut mengadakan cabutan bertuah kepada khalayak yang hadir di samping memberikan duit raya kepada anak-anak Putrajaya yang disampaikan oleh isterinya.

Beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan masyarakat setempat malah mengakui program sedemikian mengikat silaturrahim dalam warga Putrajaya.

Dalam masa yang sama beliau mengingatkan agar komuniti setempat tidak lupa utamakan kesihatan, kebersihan dan keselamatan sentiasa. – UMNOPutrajaya