Berita

Masalah Lif Rosak: Tengku Adnan Turun Padang, Selami Kesulitan Rakyat

PUTRAJAYA – Kebersamaan dalam keluarga besar Putrajaya sentiasa diutamakan oleh ‘Ketua Kampung; Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan keselesaan dan kebajikan penduduk menjadi keutamaan.

Dalam hal ini, beliau yang memenuhi jemputan Aidilfitri telah mencuri waktu dengan turun ke lapangan bagi meninjau serta memenuhi kehendak rakyat berkaitan keperluan mereka.

“Berkesempatan juga melawat flat Presint 14 yg berdepan masalah lif tidak beroperasi di kelima-lima blok, hanya satu lif sahaja yg berfungsi di tiap-tiap blok. Saya akan berurusan dengan pihak PPJ untuk mengatasi masalah penduduk di kawasan ini,” katanya. – UMNOPutrajaya