Berita

Konvensyen Bukti BN Parti Payung Negara, Harapan Rakyat Untuk Masa Hadapan – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR – Konvensyen Barisan Nasional (BN) membuktikan bahawa BN adalah parti yang menjadi payung negara, bukan hanya pada angka tapi kelevanannya bermula dengan Parti Perikatan, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku mansor.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata melalui BN kesatuan dalam kepelbagaian Malaysia diangkat tanpa mengira agama, bangsa dan pelbagai perzaan sebaliknya perpaduan dan kelestarian hidup harmoni dan sejahtera menjadi keutamaan.

“Lebih bermakna, kali ini Barisan Nasional meraikan ulang tahunnya bersekali dengan Konvensyen. Perjuangan dalam persediaan melengkapkan keupayaan bagi mendepani Pilihan Raya Umum kelak.

“Sebagaimana tema ‘Kesetiaan dan Kestabilan’, maka sewajarnya kita teruskan usaha untuk masa hadapan negara kita.

“Inilah negara kita, tanah tumpahnya darah yang menutut kita untuk terus bersatu hati mengembalikan semula kegemilangan negara. Dengan rasa cinta dan kebertanggungjawaban untuk terus memastikan Malaysia mencapai kemakmuran dengan kejayaan lebih gemilang, stabil dan aman damai, maka Barisan Nasionallah landasannya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebooknya bersempena konvensyen sehari yang diadakan dalam sambutan ulang tahun ke-48 BN di Pusat Dagangan Dunia, hari ini. – UMNOPutrajaya