Isu Semasa

Najib Turun… Hutang Naik…

Dulu, Tun M janji “Najib turun, Ringgit naik”.

Namun janji tersebut tidak pernah kesampaian.

Selepas Najib turun, Ringgit tak pernah naik sejak tempoh sebelum bulan PRU14.

Malah turun 57 sen (15%) dari RM3.83 ke RM4.40 berbanding US Dollar ketika ini.

Dulu, Tun M dan PH tipu bahawa negara sudah bankrap dengan hutang RM1 trilion di bawah Najib.
Itupun tipu.

Hutang kerajaan adalah sebanyak RM688.8 bilion dengan nisbah hutang yang semakin turun bagi 9 tahun berturut ke 48.7% sebelum PRU14.
Tapi selepas Najib turun, hutang kerajaan benar-benar cecah RM1 trilion – iaitu naik RM688.8 bilion ke RM1.05 trilion pada akhir suku pertama tahun 2022.
Hutang naik sebanyak 47% dalam masa 4 tahun sahaja,
Nisbah hutang berbanding KDNK (garis biru dan merah dalam graf) turut melonjak naik dari 48.7% ke 61.9% hari ini – iaitu cecah had hutang 55% yang ditetapkan sebelum PRU14.
Jadi…
Najib turun, Ringgit naik ❌
Najib turun, hutang naik. ✅
Nisbah hutang turut melonjak tinggi.
Apa komen Tun M dan PH sekarang?
Kita dah bankrap ke belum?

Graf dari laporan rasmi suku pertama tahun 2022 Kementerian Kewangan (page 11):
https://www.mof.gov.my/…/pdf/ekonomi/suku-tahunan/202201/

NAJIB RAZAK