Aktiviti & Komuniti

Salam Takziah En Zainal, Puan Azlin Yang Kehilangan Anakanda Tersayang

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Encik Zainal dan Puan Azlin yang kehilangan anakanda tersayang hari ini.

Beliau yang mewakilkan Pengerusi Biro Kebajikan Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman berkongsi rasa dukacita dan berharap agar ahli keluarga tabah mendepani saat-saat sukar sedemikian.

Biro Kebajikan Putrajaya bersama waris dan ahli keluarga telah berada di Hospital Putrajaya bagi menguruskan jenazah Nur Farhanah yang meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya melibatkan langgar lari di Bukit Changgang.

Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarhamah dan didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. – UMNOPutrajaya