Berita

Program Bersama Rakyat Realitikan Kebersamaan Keluarga Besar Putrajaya – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian Tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menzahirkan rasa syukur kerana program Gunting Rambut Percuma yang diadakan di Dewan Komuniti 18R13, Presint 18 di sini menjadi realiti.

Ini kerana katanya, sebagaimana menjadi hasrat beliau untuk sentiasa memastikan apa-apa acara yang dilaksanaka akan memberi pulangan dan manfaat kepada orang ramai khususnya Keluarga Besar Putrajaya.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan ‘Ketua Kampung’ berkata, keutamaan adalah untuk warga Putrajaya mendapat pembelaan bukan hanya dari perkara asas tetapi juga hal-hal membabitkan keperluan anak-anak.

“Acara ini adalah kesinambungan daripada kebiasaan yang dilaksana saban tahun apabila tibanya cuti persekolahan dan sebelum anak-anak kembali bersekolah. Minggu hadapan anak-anak mula bersekolah, biarlah mereka dapat kelihatan kemas dengan rambut yang pendek dan rapi, malah ibu bapa juga tak perlu risau,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau juga merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada semua pihak yang sama-sama berusaha merealisasikan program terbabit.

“Terima Kasih juga pada Datuk Ruji, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) yang bersama-sama dalam program ini. Tahniah juga kerana ICU telah melatih tukang gunting rambut selain Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya juga turut terlibat dalam penyediakan tukang gunting untuk menjayakan program ini,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya