Aktiviti & Komuniti

Kemana Selepas SPM… Sertai Taklimat Jom Masuk UiTM & IPT Rabu Ini

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun diketahui dan tentunya anak-anak Putrajaya lepasan SPM ini mempunyai impian untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Selaras dengan itu, Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengadakan program penerangan untuk para pelajar lepasan SPM ini memohon memasuki UiTM dan institusi pengajian tinggi.

Sebagai pemimpin berjiwa rakyat atau lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’, Tengku Adnan telah menjemput Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Masrizal Muhammad bagi memberikan taklimat berkenaan.

Program tersebut akan dilaksana di Dewan Seri Seroja, Presint Diplomatik Putrajaya pada 22 Jun, jam 8.00 malam. – UMNOPutrajaya