Aktiviti & Komuniti

Ketua Kampung Ketepikan Perbezaan Ideologi, Hadiri Walimatul Urus Anak Zahid Mat Arip

PUTRAJAYA – Perbezaan ideologi politik tidak pernah membataskan Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mengeratkan silaturrahim dan memenuhi jemputan termasuklah majlis perkahwinan.

Hal tersebut diaplikasi oleh beliau yang lebih mesra dengan panggilan ‘Ketua Kampung’ apabila menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan YB Senator Zahid Mat Arip.

“Tahniah mempelai Siti Khadijah dan Muhammad Syahmi. Moga masjid yang dibina berkekalan hingga ke syurga,” katanya dalam hantaran melalui laman Facebooknya, hari ini. – UMNOPutrajaya