Aktiviti & Komuniti

Program Bantuan Khas Persekolahan Parlimen Putrajaya Lancar

PUTRAJAYA – Keprihatinan Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya terhadap permasalahan rakyat melangkau pelbagai perkara termasuk keperluan persekolahan anak-anak tempatan.

Lantaran itu, Program Bantuan Khas Persekolahan Parlimen Putrajaya yang dilakasanakan pada Sabtu, berjalan lancar dengan melibatkan lebih 500 anak-anak tempatan.

Lebih bermakna apabila kali ini, anak-anak Putrajaya diberikan dua buah beg sekolah di samping bantuan kewangan sebagai usaha untuk membantu meringankan beban ibu bapa berkaitan persekolahan anak-anak.

Moga dengan bantuan yang dihulurkan, anak-anak Putrajaya akan terus bersemangat menimba ilmu pengetahuan dan dapat membantu ibu bapa daripada terbeban akan hal berkaitan. – UMNOPutrajaya