Aktiviti & Komuniti

Program Korban UMNO Putrajaya Lancar, Ketua Kampung Bersama Meriahkan Suasana

PUTRAJAYA – Sebanyak 26 ekor lembu dikorbankan pagi tadi pada Program Korban UMNO Putrajaya yang dilaksanakan di pekarangan Pusat Perlindungan Kucing, Presint9, di sini hari ini.

Tiga ekor lembu juga telah disembelih untuk dimasak bagi jamuan Kenduri Rakyat yang akan bermula pada jam 12 tengah hari.

Turut bersama memeriahkan kebersamaan Program Korban UMNO Putrajaya ialah Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau telah berada di pekarangan terbabit sejak awal pgrom dengan meyaksikan proses penyembelihan dan beramah mesra dengan para penduduk setempat.

Program berkenaan diadakan secara gotong-royong dan pengagihan dilakukan sejurus selesai majlis tersebut.

Dengan cuaca cerah, program tersebut berjalan lancar dalam keakraban di kalangan para penduduk terserlah apabila masing-masing mengambil bahagian melicinkan kerja-kerja melunaskan ibadah korban sempena Aidiladha 2022. – UMNOPutrajaya