Lebih 5,000 Hadir, Kenduri Rakyat Putrajaya Meriah

PUTRAJAYA – Program Kenduri Rakyat Putrajaya yang berlangsung hari ini meriah dengan kehadiran warga tempatan.

Lebih 5,000 penduduk setempat bersama-sama dalam program yang diadakan di pekarangan Pusat Perlindungan Kucing, Presint 9 iaitu selepas selesainya ibadah korban Putrajaya, pada sebelah pagi.

Walaupun jemputan sepatutnya bermula jam 12 tengah hari tapi warga Putrajaya telah berkumpul di kawasan terbabit sejak pukul 11 lagi malah bersama-sama memeriahkan suasana yang penuh dengan semangat kekeluargaan.

Turut hadir dan bersama-sama melayani para penduduk setempat ialah ketua kampong Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: