Berita

Permudahkan Urusan Harian, Pelajar OKU Cemerlang SPM Terima Kerusi Roda Baharu

PUTRAJAYA – Keprihatinan Ketua Kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tehadap kebajikan dan keselesaan warga Putrajaya sememangnya tidak dapat disangkal malah kali ini, hadiah berganda diterima oleh pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Sememangnya kehadirannya ke Dewan Seri Siantan Perbadanan Putrajaya adalah untuk menerima sijil dan wang sumbangan daripada Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tengku Adnan yang meraikan anak-anak Putrajaya cemerlang SPM 2021.

Namun demikian, beliau tidak menyangka menerima hadiah kerusi roda baharu dengan reka bentuk teknologi moden yang lebih mudah digunakan dan pergerakan menggunakan bateri. Secara tidak langsung ia akan lebih memudahkan pergerakannya dalam melaksanakan aktiviti harian apatah lagi kelak bakal melanjutkan pengajian.

Tengku Adnan menzahirkan rasa gembira dapat membantu anak Putrajaya dan merealisasikan impian bukan hanya dapat sokongan untuk pendidikan malah dalam kehidupan harian.

Moga anak-anak Putrajaya terus maju jaya. – UMNOPutrajaya