Aktiviti & Komuniti

Tahniah Anak-anak SPM 2021, Dirai Dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan

PUTRAJAYA – Kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya mengucapkan tahniah dan syabas kepada anak-anak Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang telah meraih kecemerlangan dalam peperiksaan biarpun mendepani cabaran termasuklah pandemik COVID-19.

Sebagaimana kebiasaan, Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meraikan seramai 401 pelajar Putrajaya cemerlang SPM dalam majlis Anugerah Kecemelangan SPM 2021 Parlimen Putrajaya yang diadakan di Dewan Seri Siantan Perbadanan Putrajaya, di sini, hari ini.

Dalam majlis tersebut, anak-anak yang turut disertai ibu bapa masing-masing telah diberikan sijil penghargaan dan sumbangan wang tunai sebagai hadiah atas usaha dan kejayaan mereka dalam menyempurnakan tugas meraih kecemerlangan dalam peperiksaan.

Tahniah kepada anak-anak Putrajaya yang cemerlang dan bakal meneruskan pengajian. – UMNOPutrajaya