Aktiviti & Komuniti

Demi Rakyat, Kad Kesihatan Klinik Rakyat KuNan Diagih

PUTRAJAYA – Demi khidmat terbaik kepada rakyat, kebajikan dan kesejahteraan sentiasa diutamakan yang direalisasikan melalui agihan kad kesihatan Klinik Rakyat KuNan.

Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa sebagai wakil rakyat beliau sentiasa memikirkan keutamaan kesejahteraan masyarakat setempat khususnya golongan berusia yang menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

“Saya minta rakyat fahamilah bahawa kad kesiahatan ini adalah untuk keselesaan dan diberikan kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas agar tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan,” katanya yang juga Ahli Parlimen tempatan ketika berucap dalam Program Penyampaian Kad Kesihatan Klinik Rakyat KuNan yang diadakan hari ini.

Terdahulu beliau menyusur laluannya dalam keutamaan memberikan keselesaan kepada rakyat menerusi perkhidmatan kesihatan yang antaranya ialah pusat bersalin berisiko rendah di Putrajaya selain pemberian kad kesihatan yang telah diwujudkan lebih awal.

“Saya mengikuti khidmat dan perkembangan kesihatan di sini. Saya tahu kalau di klinik kerajaan menunggu berjam-jam maka saya laksanakan untuk kemudahan orang ramai dan saya gerakkan anak-anak saya untuk Klinik Rakyat KuNan bagi memberi khidmat.

“Fahamilah bahawa ini saya lakukan demi kesejahteraan dan keselesaan warga Putrajaya,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya