‘Ketua Kampung’ Santuni Rakyat, Hargai Kesejahteraan Dengan Beramah Mesra Secara Santai
PUTRAJAYA – Dalam kesibukan melaksanakan tugasan dan memenuhi jemputan selaku wakil rakyat setempat, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tetap meluangkan masa sebagaimana tingkahnya yang gemar menyantuni rakyat dalam pelbagai peringkat usia dan latar belakang.
Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya atau lebih dikenali dengan panggilan ‘ketua kampung’ bagi penduduk setempat telah meluangkan masa berkunjung ke medan selera Presint 9, di sini, hari ini.
Terdahulu beliau telah menyempurnakan perasmian Kejohanan Putrajaya FA Football Academy dan kemudiannya Kursus Umrah Teori & Praktikal.
Tanpa jadual rasmi dan perancangan yang rapi, Tengku Adnan secara santai telah singgah di medan selera di sini bagi mengeringkan tekak di samping menikmati suasana persekitaran bersama masyarakat setempat.
Sememangnya, beliau yang berjiwa rakyat amat gemar beramah mesra dengan para penduduk setempat di samping bertanya khabar tanpa sebarang protokol. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.