Aktiviti & Komuniti

Kursus Umrah Teori & Praktikal, Seimbangkan Tuntutan Kehidupan

PUTRAJAYA – Dalam kesibukan seharian memenuhi kelangsungan kehidupan, tuntutan bagi memenuhi keperluan rohani juga mesti diaplikasi.

Sehubungan itu, Biro Agama UMNO Bahagian Putrajaya telah menganjurkan Kursus Umrah Teori dan Praktikal kepada penduduk tempatan bagi memastikan persediaan melaksanakan ibadah umrah diaplikasi.

Dalam hal ini, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang merupakan Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada anggota Biro yang sentisa komited melaksanakan kursus sedemikian.

Dalam ucapannya ketika meninjau pelaksanaan kursus yang diadakan di Surau Al-Falah, Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan Ketua Kampung turut mengucapkan syabas kepada para peserta yang terlibat dan mengalu-alukan sokongan daripada masyarakat setempat.

Katanya, terbukti pelaksanaan kursus ini meletakkan bahawa UMNO bukan sekadar parti yang berpolitik tetapi juga merangkumi kehidupan malah memberi penekanan kepada keperluan agama juga. – UMNOPutrajaya