Aktiviti & Komuniti

Ketua Kampung Semarakkan Kejohanan Putrajaya FA Football Academy Cup 2022

PUTRAJAYA – Kejohanan Putrajaya FA Football Academy Cup kembali menyemarakkan Putrajaya dengan penyertaan daripada anak-anak muda dari seluruh negara.

Sehubungan itu, ‘Ketua Kampung’ yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memeriahkan kejohanan tersebut dengan menyempurnakan perasmiannya.

Secara simbolik, acara perasmian bagi kejohanan tersebut dibuat melalui pemotongan reben dan sepak mula yang dilaksanakan oleh Tengku Adnan dengan anak-anak muda turut bersama-sama beliau.

Kali ini lebih daripada 50 pasukan anak-anak muda dari seluruh negara mengambil bahagian, sementara Putrajaya telah menghantar 20 pasukan untuk menyertainya. Selamat maju jaya anak-anak harapan negara. – UMNOPutrajaya