Aktiviti & Komuniti

Raikan Bulan Kemerdekaan, Kibarkan Jalur Gemilang

PUTRAJAYA – Ketua Kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak warga tempatan untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menjelangnya tarikh 31 Ogos dengan memeriahkan Putrajaya kibaran ‘Jalur Gemilang’.

Beliau yang juga Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya berkata kibaran bendera Malaysia iaitu ‘Jalur Gemilang’ adalah bagi mencerminkan rasa cinta dan sayang kepada tanah air.

Tengku Adnan berkata demikian dalam Program Perpaduan Keluarga Malaysia Teguh Bersama yang diadakan di MyFarm Outlet Kasih, Presint 7, hari ini.

Dalam program berkenaan, pelancaran dan agihan Jaliur Gemilang diserah untuk dikibarkan dalam zon masing-masing. – UMNOPutrajaya