Tekadkan Terus Bersama UMNO/BN, Tolak Fitnah Robekkan Negara
PUTRAJAYA – Tindakan pihak tertentu khususnya pembangkang ketika ini kembali memburukkan UMNO/Barisan Nasional (BN) adalah untuk mengelirukan rakyat sebagaimana yang pernah mereka lakukan ketika menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu.
Demikian tegas Bendahari UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Selaras dengan itu beliau mengingatkan rakyat untuk waspada agar tidak tertipu dan terpengaruh lagi dengan manipulasi yang dilakukan terhadap UMNO/BN.
“Kita dah lalui zaman Pakatan Harapan (PH) yang berkerajaan malangnya mereka robek sana, robek sini dan rakyat yang menjadi mangsa.
“Mereka lakukan pelbagai fitnah seperti mana yang mula dilakukan kembali sekarang iaitu memburukkan UMNO/BN. Tukang Fitnah Rafizi dah muncul kembali dengan macam-macam cerita,” katanya.
Kerana itu tegas beliau, pilihlah kerajaan yang benar-benar terbukti bertanggungjawab sebagaimana UMNO/BN yang menerajui kerajaan sebelum ini.
“Kita akui bahawa UMNO/BN tak sempurna juga, tapi kita akan lakukan yang terbaik demi rakyat. Kukuhkanlah tekad untuk terus bersama UMNO/BN dan jangan pilih lagi mana-mana parti lain,” katanya lagi.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya berkata demikian dalam ucapan di ‘Program Perpaduan Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ yang diadakan pada Sabtu. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.