Berita

Ketua Kampung Prihatin, Meriahkan Sambutan Merdeka Dengan Agihan Beras dan Daging

PUTRAJAYA – Kemeriahan sambutan Kemerdekaan Negara yang ke-65 kali ini dirai dengan agihan beras dan daging daripada Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sememangnya keprihatinan beliau yang sentiasa cakna terhadap para penduduk tempatan bukanlah sesuatu yang asing malah Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ bagi penduduk setempat amat menghargai orang ramai yang dianggapnya sebagai satu keluarga besar di Putrajaya.

Agihan sumbangan melibatkan sejumlah 10,600 penduduk dibuat mengikut kawasan yang telah dijadualkan sebagaimana sebelum-sebelum ini melalui pelbagai bantuan lain yang telah disalurkan.

Lebih bermakna apabila beliau sendiri turut turun padang malah bukan hanya sebagai penonton atau melihat gerak kerja yang dilakukan tetapi juga menyinsing lengan berkeringat bersama-sama memunggah barangan iaitu beras dengan anak-anak muda tempatan.

Semoga semangat kebersamaan dalam silaturrahim dan perpaduan yang diterapkan Tengku Adnan akan terus subur dengan kebertanggungjawaban beliau kepada warga tempatan khususnya berkaitan kebajikan. Sayangi Putrajaya untuk terus bersama UMNO/Barisan Nasional. – UMNOPutrajaya