Terima Kasih Jentera Pemuda UMNO, Realitikan Berat Sama Dipikul Demi Putrajaya
PUTRAJAYA – Pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ amat sinonim dengan jentera UMNO Putrajaya khususnya melibatkan anak muda sebagaimana yang digerakkan Pemuda UMNO Putrajaya dalam melaksanakan gerak kerja demi rakyat.
Kesungguhan anak muda turun padang membanting tulang bermandi peluh dalam memunggah beras-beras yang bakal diagihkan kepada penduduk setempat sememangnya menjadi bukti bahawa mereka sanggup susah senang bersama.
Apatah lagi, beras-beras terbabit adalah untuk diagihkan kepada para penduduk setempat yang bukan hanya untuk menjayakan program Sambutan Kemerdekaan ke-65 tetapi juga memstikan kebajikan para penduduk terjamin.
Selaras dengan itu, Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada semua anggota jentera yang bertungkus-lumus bagi menjayakan usaha demi rakyat ini.
Bagi beliau, tanpa kerjasama dan sokongan yang padu dari setiap anggota sama ada jentera Wanita, Pemuda atau Puteri malah para penduduk dan penyokong parti, maka pastinya apa-apa program tidak akan dapat mencapai kejayaan.
Katanya, terima kasih semua, sayangi Putrajaya dan teruslah teguh bersama UMNO/Barisan Nasional. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.