Aktiviti & Komuniti

Tengku Adnan Tinjau Surau Al-Muttaqin, Pemasangan Karpet Untuk Qariah Setempat

PUTRAJAYA – Demi keselesaan Jemaah dan qariah Surau Al-Muttaqin di Presint 5, Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memberikan sumbangan bagi kelengkapan surau terbabit.

Beliau yang turun padang dan meninjau sendiri surau terbabit hari ini adalah bagi melihat karpet yang telah dipasang di dalamnya.

Beliau yang diiringi Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim turut disertai oleh anggota jawatankuasa Surau Al-Muttaqin dengan melihat secara langsung keadaan di dalamnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut akan melengkapkan keperluan surau terbabit dengan PA System dalam masa terdekat. – UMNOPutrajaya