Aktiviti & Komuniti

Tengku Adnan Rai Walimatul Urus Najwa & Aiman, Ziarah Ayahanda Pengantin Uzur

PUTRAJAYA – Usaha menyantuni rakyat bukanlah sesuatu yang canggung bagi Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana beliau acapkali bersama-sama warga tempatan dalam apa juga keadaan.

Hari ini, beliau hadir memenuhi jemputan walimatul urus raja sehari pasangan Najwa dan Aiman.

Dalam masa yang sama, beliau turut menziarahi ayahanda pengantin yang uzur terlantar lantaran kesihatan menyusut.

Tengku Adnan bukan sahaja mengucapkan selamat pengantin baharu kepada pasangan pengantin yang dirai tetapi juga turut
mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ayahandanya. – UMNOPutrajaya