Aktiviti & Komuniti

Kejohanan Futsal Piala Ahli Parlimen Putrajaya Raikan Anak Muda

PUTRAJAYA – Anak muda tidak pernah ditinggalkan apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan minat serta fokus mereka sebagaimana kelangsungan Kejohanan Futsal Piala Ahli Parlimen Putrajaya yang diteruskan saban tahun.

Lebih bermakna apabila Ahli Parlimen tempatan atau lebih dikenali sebagai ‘ketua kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah melaksanakan ‘sepak mula’ sebagai simbolik tanda kejohanan terbabit.

Beliau mengakui amat berbesar hati dapat bersama-sama meraikan anak muda dalam gelanggang futsal yang tentunya mencakupi penglibatan fizikal dengan kecerdasan namun katanya, usaha dalam menjayakan kejohanan dengan semangat kesukanan adalah amat bermakna.

Dalam masa yang sama beliau merakamkan penghargaan kepada MPP Putrajaya dan berterima kasih kepada Datuk Fadlon selalu Presiden PPJ.

Tidak ketinggalan beliau mengucapkan syabas juga buat jawatankuasa dan semua pihak yang terlibat teruskan kejohanan tahunan ini. – UMNOPutrajaya