Aktiviti & Komuniti

Jalinan Rakyat PDM Rimba Desa Utara Realitikan Keluarga Besar Putrajaya

PUTRAJAYA – Ketua Kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merealitikan hasrat sentiasa bersama rakyat dalam apa-apa juga keadaan khususnya meraikan masyarakat setempat sebagaimana kemeriahan Program Jalinan Rakyat PDM Rimba Desa Utara, hari ini.

Dalam hal ini, Tengku Adnan yang merupakan Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan bersama-sama warga pelbagai lapisan masyarakat setempat.

Dengan cuaca yang yang cerah, beliau yang sentiasa mengaktifkan gerak kerja dan turun padang bersama-sama telah menyertai khalayak, selain bertanya khabar dan bermesra dengan orang ramai termasuk melepaskan acara yang diadakan menerusi program terbabit.

Dalam hal ini beliau menzahirkan rasa gembira selain mengucapkan tahniah dan syabas kepada orang ramai khususnya anggota jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus bagi merealitikan kesejahteraan ‘Keluarga besar Putrajaya.’ – UMNOPutrajaya