Berita

Pendidikan Penyumbang Kejayaan Masa Hadapan, Karnival Pendidikan Putrajaya Mudahkan Info Semasa

PUTRAJAYA – Pendidikan adalah antara faktor utama dalam kemajuan suatu bangsa. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menekankan bahawa proses belajar mengajar secara formal dari sekolah dan kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi amat penting.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya berkata demikian dalam ucapan sempena merasmikan Karnival Pendidikan Putrajaya di Dewan Seri Cempaka Perbadanan Putrajaya, hari ini.

Jelasnya, melalui karnival kerjaya yang diadakan, orang ramai khususnya ibu bapa yang mahukan maklumat malah para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian akan mendapat pendedahan lebih mudah berhubung pusat pengajian dan juga kursus yang bakal diikuti.

Katanya, ini amat penting kerana keutamaan untuk memilih pusat pengajian dengan kursus yang tepat akan menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak demi masa depan mereka.

Dalam masa yang sama, beliau menghargai pelaksanaan carnival sedemikian yang memudahkan khalayak setempat. – UMNOPutrajaya