Ketua Kampung Rasmikan Liga Bola Sepak Putrajaya M5
PUTRAJAYA – Ketua Kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah merasmikan Liga Bola Sepak Putrajaya M5 yang diadakan hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan telah diiringi oleh Presiden Persatuan Bolasepak Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para peserta dalam liga terbabit.
Liga terbabit melibatkan 12 pasukan yang terpilih membabitkan anak-anak Putrajaya yang berumur 19 tahun ke bawah.
Ternyata sokongan Tengku Adnan sebagai pemimpin berjiwa rakyat melangkau semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang tidak pernah diabaikan oleh beliau.
Semoga anak-anak Putrajaya terus maju jaya dan dapat mengaplikasikan masa hadapan terbaik demi agama dan negara. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.