Isu Semasa

Pembubaran Parlimen…

1. Menjunjung kasih Ke Bawah DYMM YDP Agong atas perkenan Baginda untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan.

2. Sudah tentu Tuanku telah mengambil kira semua faktor termasuk setelah Tuanku sendiri mencemar duli turun mendengar sembah taklimat secara terus daripada Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenai perkembangan terkini ramalan cuaca negara pada hari Khamis yang lalu.

3. Pembubaran ini adalah selari dengan pendirian Pemuda UMNO sejak politik negara menjadi tidak menentu bagi mengembalikan MANDAT kepada rakyat untuk mereka memilih sebuah Kerajaan yang dapat menjamin kestabilan serta kemakmuran negara demi kesejahteraan mereka.

4. Kini terserahlah kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menentukan tarikh PRU-15 yang boleh diadakan sebelum pertengahan November, iaitu sebelum menjelangnya musim tengkujuh.

5. Pemuda UMNO dan BN telahpun bersiap siaga termasuk mengerahkan semua jentera di 13,205 cawangan-cawangan seluruh negara dan sukarelawan-sukarelawan Skuad Sabil di 191 Parlimen untuk menghadapi PRU-15, di samping membantu rakyat sekiranya berlakunya musibah lebih awal daripada yang diramalkan.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Pemuda BN Malaysia

#DaulatTuanku
#KembalikanMandatRakyat
#PemudaBantuRakyat
#BangkitKembali
#BNTradisiMembelaRakyat