Aktiviti & Komuniti

Menjelang Deepavali, Ketua Kampung Raikan Warga India

PUTRAJAYA – Keprihatinan dan sifat cakna pemimpin tempatan melangkau pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai bangsa yang tentunya menjadi aspirasi dalam perpaduan keluarga majmuk di negara ini.

Menjelang sambutan Hari Deepavali yang begitu hampir, Ketua Kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sememangnya sentiasa prihatin telah menyantuni masyarakat India di Putrajaya.

Beliau turun padang dalam majlis jamuan petang bersama-sama Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang turut menyemarakkan kemeriahan majlis.

Dalam ucapannya, Tengku Adnan menzahirkan penghargaan kepada masyarakat India tempatan yang sentiasa memberikan sokongan malah beliau berharap agar sokongan terbabit akan terus diaplikasi bagi kemenangan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya.

Dalam masa yang sama, Tengku Adnan turut menyampaikan kad Klinik KuNan kepada warga emas berusian 50 tahun ke atas.
Semoga perpaduan dan kebersamaan warga Putrajaya akan terus sejahtera. – UMNOPutrajaya