Aktiviti & Komuniti

Mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya Lancar, Sepakat Semarak Perjuangan

PUTRAJAYA – Mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya yang berlangsung hari ini dilaksana dengan jayanya apabila kesemua perwakilan dari bahagian terbabit hadir di Dewan Sri Cempaka, Presint 15, hari ini.

Acara persidangan bermula pukul 11 pagi dengan bacaan doa dan nyanyian lagi Negaraku, lagu Wilayah Persekutuan, Lagu Barisan Nasional dan UMNO Bersatu Bersetia Berkhidmat yang kemudiannya disusuli ucapan perasmian.

Perasmian persidangan terbabit dilakukan oleh ketua bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Bendahari UMNO.

Terdahulu pelaksanaan mesyuarat Cawangan UMNO telah diadakan bermula 15 Ogos hingga 18 September diikuti persidangan serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 7, 8 dan 9 Okt lalu sementara persidangan peringkat bahagian pula bermula berakhir hari ini. – UMNOPutrajaya