PUTRAJAYA 08 NOVEMBER 2022. Tiga calon Parlimen P125 Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN), Datuk Rosli Ramli (Pejuang) dan Datuk Dr Radzi Jidin (PN) bertemu ketika mengadakan kempen 'walkabout' di Pasar Tani Presint 2 Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Berita

Berbeza Ideologi Bukan Bermakna Seteru, Kempen Cara Sihat Temukan Tiga Calon Bertanding

PUTRAJAYA – Penyandang yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuktikan perbezaan ideologi bukanlah bermakna harus berseteru sebaliknya menjadi bukti permusuhan tetap dielakkan.

Hal ini direalitikan dalam pertemuan tanpa dirancang Tengku Adnan dengan dua pencabarnya di Putrajaya iaitu Datuk Dr. Radzi Jidin dari Perikatan Nasional (PN) dan Datuk Rosli Ramli (Pejuang) yang tanpa dirancang berada di tempat yang sama hari ini.

Dalam pertemuan ini, mereka saling berjabat tangan antara satu sama lain sementara lensa jurugambar tidak melepaskan peluang merakam momen tersebut.

Sememangnya bagi Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai ‘ketua kampung’, turun padang dan menyantuni para peniaga serta orang ramai di Putrajaya bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Ini kerana beliau yang kali kelima bertanding seringkali meluangkan masa bersama rakyat hinggakan komuniti setempat dianggap sebagai keluarga besarnya malah menyalurkan pelbagai bantuan dan menyelami permasalahan rakyat secara terus.

Ini berbeza dengan calon-calon dari parti lain yang dianggap ‘orang luar’ atau ‘bidan terjun’ dalam politik semasa.

Misalnya, Radzi Jidin pada PRU ke-14 bertanding di Ketereh mewakili PH namun tewas malah hilang deposit sementara Rosli terjun ke arena politik pada 2020. Begitu juga dengan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Noraishah Mydin Abd Aziz yang sebelum ini terlibat dalam dunia akademik.

Apa pun, tentunya pengundi lebih bijak membuat penilaian dalam memilih pemimpin pada hari pengundian kelak yang dijadualkan 19 Nov depan. – UMNOPutrajaya