Berita

Keluar Mengundi, Tunaikan Kewajipan Sebagai Rakyat Negara Kita – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 19 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) P125 Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) merayu pengundi untuk keluar lebih awal bagi menunaikan kewajipan kepada negara.

Beliau yang selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) pukul 9.12 pagi tadi bersama isteri, Datuk Seri Anggraini Sentiyaki tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 9 (1) pukul 9.02 pagi tadi bagi membuang undi.

“Saya rayu pengundi-pengundi terus turun untuk melakukan kewajipan mereka sebagai rakyat negara kita dan sebagai pengundi,” katanya.
Beliau yakin sasaran peratusan keluar pengundi bagi P125 Putrajaya akan mencecah 90 peratus seperti pilihan raya umum sebelum ini.

“Kita berkeyakinan bahawa kita akan capai target yang kita harap iaitu peratusan yang akan keluar mengundi hari ini,” katanya kepada media sejurus selesai melakukan pengundian.

Parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Tengku Adnan (BN), Datuk Dr Radzi Jidin (PN), Datuk Mohd Rosli Ramli (Pejuang), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PH) serta dua calon Bebas iaitu Lim Fice Bee dan Samsudin Mohamad Fauzi. – UMNO Online