Aktiviti & Komuniti

PRU15: Ku Nan Selesai Mengundi, Pilih BN

PUTRAJAYA – Calon Barisan Nasional (BN) P125 Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) pukul 9.12 pagi tadi.

Beliau bersama isteri, Datuk Seri Anggraini Sentiyaki tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 9 (1) pukul 9.02 pagi bagi membuang undi.

Ku Nan ditentang oleh pencabarnya Radzi Jidin dari Parikatan Nasional yang membuang undi di Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Najah, Presint 9, calon Bebas, Lim Fice Bee turut membuang undi di SK Putrajaya Presint 16 (1) manakala, calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz di Parlimen Seputeh.

Dua calon lain iaitu calon Pejuang, Datuk Mohd Rosli Ramli mengundi di Parlimen Bangi manakala, calon Bebas, Samsudin Mohamad Rahim difahamkan mengundi di Parlimen Machang, Kelantan. – UMNOPutrajaya